KIT SOLAT AWESOME
JOM PELAJARI BACAAN DAN MAKNA BACAAN DALAM SOLAT AGAR SOLAT KITA LEBIH BERKUALITI DAN MENGIKUT TUNTUTAN SYARAK
PENGENALAN
Kit Solat Awesome dibina
untuk membantu murid menguasai bacaan solat dengan sempurna. Projek rintis telah dijalankan ke atas 34
orang murid dari kelas 1 Arif di SK Batu 38 Sabak Bernam dan 12 orang murid
PPKI SMK Dato’ Mustaffa dipilih sebagai sampel kajian. Hasil dapatan
menunjukkan kaedah pengajaran yang berkesan diperlukan bagi membantu murid agar dapat menguasai pembelajaran
dengan lebih cepat dan
efisyen. Guru mengetengahkan Kit Solat Awesome (KSA) dalam membantu murid
mengusai bacaan dalam solat
dengan sempurna.
Hasilnya, 100% murid di SK Batu 38 Sabak
Bernam dan PPKI SMK Dato’ Mustaffa dapat menguasai bacaan dalam solat dengan
berkesan. KSA ini mendidik
murid untuk menyebut bacaan solat secara perlahan dengan menitikberatkan sifat huruf, baris
dan tajwid. Kini KSA dipertingkatkan
menerusi edisi 3.0 yang menggunakan medium interaktif PdPc berbantukan komputer
untuk mempelajari bacaan dan pergerakan dalam solat secara interaktif, kuiz
atas talian dan permainan puzzle makna bacaan dalam solat. Kejayaan KSA 3.0 ini
telah berjaya mendidik
murid dan juga guru akan kepentingan khusyuk dalam solat.
MATLAMAT
v Menyediakan bahan bantu pembelajaran yang berbentuk Didik
Hibur Berfikrah.
v Merangsang murid menguasai bacaan dan amalan
solat.
v Membantu guru mengaplikasi bahan pengajaran di
mana-mana melalui kad dan multimedia.
v Menggalakkan murid belajar secara kendiri melalui
kit pembelajaran.
v Mengarah dan menggalak murid agar lebih kreatif dalam
pembelajaran.
v Menimbulkan kesedaran mementingkan dan peka terhadap
solat dalam kalangan murid.
NILAI TAMBAH
1. Mesra pengguna
Mudah digunakan oleh murid dan guru
Murid mudah menguasai bacaan
2. Interaktif
Bahan multimedia menarik minat murid
Boleh diaplikasi di mana sahaja
3. Pelbagai kaedah
Kit boleh dijalankan mengikut pelbagai kaedah PdPc
Merangsang pelbagai kemahiran murid
Gambar: Murid menyusun kepingan kad semasa aktiviti pembelajaran
Langkah-Langkah Pelaksanaan Kit Solat Awesome
Dalam sorotan penerangan ini, kami menggunakan lafaz niat sebagai contoh
pelaksanaan inovasi kami. Berikut ialah langkah-langkah pelaksanaan Kit Solat Awesome.
Sesi Bimbingan Contoh (1)
1.
Guru memperkenalkan nama solat fardhu dalam bahasa Melayu
(tulisan jawi dan rumi) dan menyebut waktu pelaksanaannya mengikut susunan. Guru memperdengarkan bacaan
contoh dan diikuti murid secara kumpulan dan individu.
2.
Setelah semua murid telah
menguasai nama solat dalam bahasa Melayu, Guru memperkenalkan nama solat dalam
bahasa Arab. Murid diperkenalkan dan
diperdengarkan lafaz bacaan yang betul. Apilikasi kaedah bacaan yang betul
dalam tajuk alif lam syamsiah dan alif lam qamariah untuk menerangkan kaedah
bacaan lafaz nama solat.
3.
Seterusnya guru mempamerkan
secara serentak nama-nama solat dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Guru
menerangkan perbezaan antara lafaz nama solat bahasa Melayu dan bahasa Arab. Guru memperdengarkan bacaan
contoh (bergilir-gilir lafaz nama solat dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab)
dan diikuti murid secara kumpulan dan individu.
Sesi Bimbingan Contoh (2)
1.
Guru memperkenalkan bilangan rakaat bagi solat fardhu
dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab dalam satu kad mengikut susunan. Guru memperdengarkan bacaan
contoh dan diikuti murid secara kumpulan dan individu. Apilikasi pelajaran
bahasa Arab untuk menerangkan penentuan lafaz bilangan rakaat dalam solat.
2.
Setelah semua murid telah
menguasai lafaz bilangan rakaat, guru menerangkan bilangan rakaat bagi setiap
solat dan mempamerkan kad dengan susunan. Murid diperdengarkan potongan lafaz
bacaan niat solat yang betul mengikut urutan. Murid membaca potongan lafaz
bacaan niat solat secara kumpulan dan individu.
3.
Seterusnya guru mempamerkan 2
kad yang berbaki. Guru memperdengarkan bacaan
contoh secara lengkap lafaz niat solat. Guru menerangkan lafaz-lafaz
kalimah yang berulang-ulang bagi setiap lafaz niat dan perbezaannya. Guru terus
mendorong murid untuk menghafal lafaz niat solat menggunakan kaedah mudah ini
dalam kumpulan dibimbing oleh murid yang menguasai sederhana dan pemantauan
berterusan guru.
Sesi Bimbingan Contoh (3)
1. Murid diagihkan dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberi satu set kad perkataan Lafaz Niat Solat Fardhu.
3. Fasilitator (murid menguasai sederhana) diminta membimbing rakan sebaya menggunakan kad kata yang dibekalkan.
4. Guru menilai murid seorang demi seorang untuk mengenalpasti tahap bacaan lafaz niat solat.
Proses
Aplikasi Kit Solat Awesome Dalam PdPc:
Menerusi
kaedah ini, beberapa langkah perlu dilalui oleh guru dan murid seperti dalam
contoh rajah di bawah:
contoh rajah di bawah:
Bil
|
Perkara
|
Masa
|
1
|
Set induksi:
Guru
menerangkan kelebihan solat
|
3 minit
|
2
|
Pembentangan
ayat/ lafaz:
Guru akan
membaca ayat/ lafaz dengan lengkap secara tartil sebanyak dua kali.
|
5 minit
|
3
|
Bacaan ayat:
Murid akan
membaca mengikut bacaan guru, bacaan berkumpulan dan individu.
|
15
minit
|
4
|
Sesi Bimbingan
1:
Guru
memperkenalkan nama solat fardhu dalam bahasa Melayu..
|
15 minit
|
5
|
Sesi Bimbingan
2:
Guru
memperkenalkan bilangan rakaat bagi solat fardhu dalam bahasa Melayu dan
bahasa Arab dalam satu kad mengikut susunan.
|
15
minit
|
6
|
Sesi Bimbingan
3:
Fasilitator (murid menguasai sederhana) diminta membimbing rakan sebaya.
|
10
minit
|
7
|
Penilaian:
Guru membuat
tasmik bacaan murid secara individu/ rawak/ mengulang semula makna bacaan.
|
10
minit
|
8
|
Rumusan/
penutup:
Guru membuat
rumusan dan peringatan kepada murid.
|
7 minit
|
Gambar: Murid menjalankan aktiviti KSA dalam bilik darjah.
Penerapan Elemen Kreativiti, Inovasi, PAK 21 dan R&D dalam Kit Solat
Awesome:
Daya
kreativiti dan inovatif juga dititikberatkan dalam kaedah ini. Guru akan
merangsang dan memotivasikan murid untuk menyebut, membaca dan mencerna idea
untuk menghafal ayat/ kalimah dengan lebih kreatif dan menyeronokkan,
seterusnya membantu murid itu sendiri untuk menghafaz sesebuah potongan. Elemen
kreativiti dalam PdPc Pendidikan Islam mampu merangsang murid untuk membuat
kajian dan penyelidikan, penyelesaian masalah dalam kehidupan dan penghasilan
pelbagai bahan dengan mengaplikasi pengetahuan, pemahaman dan kemahiran. Sejajar
dengan falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk insan kamil, kaedah ini juga
dapat menjana idea murid dalam mengaitkan ayat hafazan dan maksud ayat
berbantukan pergerakan tangan.
Penggunaan
kad dan interaktif multimedia merupakan aspek penting dalam Kit Solat Awesome
ini. Murid boleh menggunakan bahan-bahan yang disediakan di dalam kelas atau
luar kelas. Murid juga boleh meneroka paparan multimedia secara kendiri dan
mempelajari tajuk secara maya.
Murid
juga dapat menggunakan Kit Solat Awesome ini secara interaktif melalui
perkongsian VLE Frog. Murid dapat meneroka dan mempelajari bacaan dan maksud
bacaan dalam solat dengan cara yang lebih menarik dan virtual.
Kit Solat
Awesome yang dibina amat menyantuni Pembelajaran Abad Ke-21. Pelabagai
pendekatan PAK21 dapat diimplimentasikan dengan menggunakan Kit Solat Awesome
ini. Guru bebas mengunakan Kit Solat Awesome untuk membantu sesi PAK21 seperti
Gallery Walk, Pairs Check dan sebagainya. Bahan-bahan yang digunakan menjadi
medium utama murid dalam menjalankan aktiviti PAK21.
Aspek Penting Kit Solat Awesome 3.0:
1. Proses menyebut dan menghafaz kalimah dengan betul.
2. Murid mengetahui bacaan dalam solat mengikut perlakuan solat.
3. Menunaikan solat dengan betul dan sempurna.
4. Memahami maksud bacaan dalam solat
Objektif Inovasi:
1.
Menyediakan bahan
bantu pembelajaran yang berbentuk didik hibur.
2.
Merangsang murid
menguasai bacaan dan amalan solat.
3. Membantu guru
mengaplikasi bahan pengajaran di mana-mana melalui kad dan multimedia.
4.
Menggalakkan
murid belajar secara kendiri melalui kit pembelajaran.
5.
Mengarah dan mengerah
murid agar lebih kreatif dalam pembelajaran.
6.
Menimbulkan
perasaan seronok dan mudah untuk solat.
7.
Berusaha untuk
khusyuk dalam solat.
REVOLUSI KIT SOLAT AWESOME
Kit Solat Awesome 1.0:
Menyediakan kit pembelajaran yang berbentuk kad-kad bacaan dalam solat.
Kit Solat Awesome 2.0:
Menyediakan bahan KSA dalam bentuk multimedia yang interaktif.
Kit Solat Awesome 3.0:
Menyediakan kit pembelajaran makna bacaan semasa solat.
SEBARAN PERKOGSIAN KSA KEPADA SEKOLAH DAN UNIT LAIN
Gambar: Penggunaan KSA di sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam
Gambar: Sesi perkongsian bersama saudara baharu Sabak Bernam (PERKIM)
Gambar: Sesi perkongsian dan sebaran bersama guru-guru SRA Daerah Sabak Bernam
Gambar: Semakan bahan KSA oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM dan
Guru-guru Besar Daerah Sabak Bernam
ANUGERAH PENCAPAIAN KIT SOLAT AWESOME
2016 – Guru Inovatif Berkumpulan Peringkat Daerah Sabak Bernam
2017 – Guru Inovatif Berkumpulan Negeri Selangor
2017 – Anugerah Emas Pertandingan Inovasi IADB Peringkat Kebangsaan IPGPM Melaka
2018 – Anugerah Emas Pertandingan Inovasi IDBOS Peringkat Kebangsaan IPGDA Kedah
2018 – Guru Inovatif Pendidikan Islam Negeri Selangor
2018 - Anugerah Emas Pertandingan TNOVATE Peringkat Antarabangsa UIAM
WAQAF BAHAN POWERPOINT KIT SOLAT AWESOME
Sila muat turun bahan di bawah:
https://drive.google.com/file/d/1MYVO2Tv-BZ3TUqP9P0XBldNLeTxUnNjD/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/10sf6_HztnvA-nlK9ufammLure5UuM2r8/view?usp=sharing
Sila muat turun bahan di bawah:
KIT SOLAT AWESOME 2.0
https://drive.google.com/file/d/1MYVO2Tv-BZ3TUqP9P0XBldNLeTxUnNjD/view?usp=sharing
KIT SOLAT AWESOME 3.0
SEMOGA BERMANFAAT
SOLAT YANG SEMPURNA IALAH SOLAT YANG DIJAGA DARI ASPEK QALBI, QAULI DAN FI'LI DISAMPING MEMAHAMI MAKNA BACAAN YANG DITUTUR MAMPU MEWUJUDKAN KHUSYUK KETIKA SOLAT.
JOM KITA BAIKI BACAAN DALAM SOLAT.
KHUSYUK TERJAGA. JIWA TERPELIHARA. BAHAGIA SENTIASA.
Comments
Post a Comment