KIT SOLAT AWESOME

JOM PELAJARI BACAAN DAN MAKNA BACAAN DALAM SOLAT AGAR SOLAT KITA LEBIH BERKUALITI DAN MENGIKUT TUNTUTAN SYARAK PENGENALAN Kit Solat Awesome dibina untuk membantu murid menguasai bacaan solat dengan sempurna. Projek rintis telah dijalankan ke atas 34 orang murid dari kelas 1 Arif di SK Batu 38 Sabak Bernam dan 12 orang murid PPKI SMK Dato’ Mustaffa dipilih sebagai sampel kajian. Hasil dapatan menunjukkan kaedah pengajaran yang berkesan diperlukan bagi membantu murid agar dapat menguasai pembelajaran dengan lebih cepat dan efisyen. Guru mengetengahkan Kit Solat Awesome (KSA) dalam membantu murid mengusai bacaan dalam solat dengan sempurna . Hasilnya, 100% murid di SK Batu 38 Sabak Bernam dan PPKI SMK Dato’ Mustaffa dapat menguasai bacaan dalam solat dengan berkesan. KSA ini mendidik murid untuk menyebut bacaan solat secara perlahan dengan menitikberatkan sifat huruf, baris dan tajwid. Kini KSA dipertingkatkan menerusi edisi 3.0 yang menggunakan medium inte...